Thursday 28 May 2015

Refleksi Nurul Syifa Binti Hassan

SEBELUM

Saya adalah seorang remaja yang suka berbelanja. saya adalah seorang anak yang suka meminta-minta daripada ibu bapa saya. Saya adalah seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti untuk mendapatkan segulung ijazah.Manja, degil, semua kemahuan harus dipenuhi. Itulah diri saya.Namun saya tahu banyak yang perlu saya perbaiki untuk menhadapi hidup di dunia ini.Saya perlu belajar mematangkan diri dan di sinilah titik permulaannya perubahan harus dilakukan. Hiperaktif, pendiam, pemalu, ceria, dan banyak lagi. Pelbagai perwatakan yang dapat dilihat dalam diri kanak-kanak ini.Inilah realiti kehidupan. Pelbagai ragam manusia yang perlu ditempuhi dalam kehidupan seharian.Ia melatih saya untuk menjadi sabar dalam menangani karenah manusia.Ini baru permulaan dalam menangani kanak-kanak yang jujur dan masih suci. Lebih ramai manusia di luar sana yang jujur, hipokrit, pentingkan diri, dan pelbagai lagi perlu ditempuhi.Sekiranya ragam kanak-kanak sudah saya tewas, bagaimana pula dengan ragam manusia dari dunia luar yang tidak dapat kita jangkakan ini.


SEMASA

Semakin hari semakin saya nampak bahawa kita perlu mensyukuri nikmat hidup ini. Banyak lagi golongan yang kurang bernasib baik berbanding diri kita.Melihat kehidupan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang menyedarkan saya bahawa kita perlu memilih untuk gembira.Apabila kita gembira ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan orang di sekeliling kita.Dengan membuatkan orang lain gembira kita turut sama akan merasai satu kepuasan kerana telah menggembirakan hati orang lain.Dari kanak-kanak inilah saya belajar bahawa kita perlu pilih untuk gembira walau pelbagai masalah yang datang menimpa.Kapal mampu terapung di lautan yang luas, namun akan tenggelam apabila air memasukinya.Begitu juga diri kita.Kita mampu untuk menghadapi dunia yang mencabar ini, namun kita akan tewas sekiranya mebenarkan segalah masalah dah cabaran untuk menpengaruhi kehidupan kita.


SELEPAS

Banyak yang saya belajar sepanjang kerjasama dengan pihak Generasi Gemilang dalam program Jalinan Kemasyarakatan ini.Untuk menempuhi dunia luar yang sangat mencabar, saya belajar untuk mematangkan diri sepanjang program ini. Saya belajar sekiranya menjadi seorang ketua, adalah perlu untuk kita mendengar pandangan dan teguran daripada orang bawahan kerana kita mungkin tidak melihat sesuatu daripada pandangan orang lain yang berbeza dengan pendapat kita.Saya juga belajar untuk berusaha jika ingin mendapatkan  sesuatu.Kanak-kanak yang saya temui sepanjang program ini mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi walaupun mereka berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ini menyedarkan saya bahawa tiada alasan untuk seseorang tidak mempunyai cita-cita yang tinggi kerana dari cita-cita itulah kita akan berusaha untuk menggapainya.



Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,
Nurul Syifa Binti Hassan,
Biro Tajaan.

No comments:

Post a Comment