Wednesday 27 May 2015

Refleksi Kalaichelvaan a/l Perataban

SEBELUM

Apakah itu jalinan masyarakat? Apakah yang telah saya lakukan untuk mengetahui lebih tentang jalianan masyarakat? Persoalan yang lebih penting ialah apakah kaitan saya dengan jalinan masyarakat dan apakah saya akan buat dalam kursus jalinan masyarakat ini? Itulah antara persoalan yang saya fikirkan semasa saya mendaftar untuk kursus ini. Secara jujurnya saya ingat kursus ini adalah satu kursus yang dimana kita membuang masa dengan membelajar tentang nilai-nilai baik seperti subjek moral di sekolah dahulu. Itulah persepsi yang dapat saya fikirkan tentang kursus ini sebelum menghadiri kelas pertama kursus ini. Kelas pertama soalan yang pertama yang ditujukan kepada kami dalam kelas ialah ‘siapakah saya'??? Soalan ini sememangnya membuatkan saya terfikir akan peranan saya dalam komuniti. Satu jawapan yang jelas pada masa itu ialah saya seorang manusia. Selepas beberapa buah video telah ditayangkan oleh pensyarah, soalan yang sama telah ditujukan kepada kita iaitu siapakah saya? Pada masa itu saya masih tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana saya tidak pernah tanya soalan itu pada diri sendiri. Selama ini saya tidak pernah fikirkan nasib orang lain selain diri sendiri. pada fikiran saya kegembiraan saya adalah lagi penting daripada kegembiraan orang lain. Saya tidak akan membuat sesuatu yang saya tidak gembira dalam membuatnya. Tapi selepas tengok video-video yang ditayangkan, saya berasa bersalah dan rasa bersyukur kerana hidup kita bukan tentang kegembiraan kita sahaja malah kegembiraan orang sekeliling kita juga. Walaupun saya faham akan perasaan orang lain tidak bermakna saya telah membuat satu perubahan d dunia ini. Untuk memgaplikasikan perkara ini kita dihendaki untuk adakan sesuatu projek untuk jalinan dengan masrayakat.objektif khas untuk kursus jalinan masyarakat ialah untuk pelajar mengadakan projek jalinan masyarakat bersama NGO. Tapi pada pendapat saya pada masa itu ialah kursus ini akan memakan masa yang lama untuk dihabiskan dan saya bersama kumpulan saya akan membuatnya setakat untuk memenuhi kriteria kursus ini tanpa apa-apa harapan atau pengajaran daripada kursus ini pada penghujungnya.


SEMASA

Selepas kami dibahagikan kepada kumpulan, kami telah membuat mesyuarat dan telah memilih saya sebagai CEO kumpulan kami iaitu kumpulan Al-Chemist. Sebelum membuat projek kami telah bahagikan tugas sesama sendiri untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Saya bersama kumpulan saya telah membuat banyak perbincangan untuk memilih jenis dan tempat untuk melaksanakan kerja kursus ini. Kami berjaya untuk memilih dua yang terbaik iaitu satu bersama dengan sebuah NGO bernama Generasi Gemilang dan satu lagi rumah anak yatim Al-Kausar di Bangi. Selepas kami bentangkan idea kami, kami telah memilih NGO Generasi Gemilang untuk berkerjasama untuk membuat kursus jalinan masyarakat kami. Pada pendapat saya, saya berasa sangat gembira kerana kami dapat mencapai objektif umum kursus ini iaitu untuk berkerjasama dengan NGO untuk jalinan masyarakat. Kami telah berhubung dengan pihak GG (Generasi Gemilang) dan kami pergi ke HQ GG untuk mengetahui tentang skop kerja kami. Sememangnya saya berasa sangat terkejut semasa mengetahui iaitu semua staf di GG adalah merupakan sukarelawan yang terdiri daripada orang yang berkerja yang sanggup meluangkan masa melakukan kerja sukarelawan. Sememangnya, rasa hormat terhadap staf GG bertambah. Kami telah memilih aktiviti KIDZLIFE yang dijalankan di PPR Sri Pantai dan PPR Taman Prima Selayang. Kami berasa risau kerana komuniti yang kita akan adakan aktiviti ialah bersama budak-budak kecil. Objektif KIDZLIFE adalah sebagai program pembanganunan karakter kanak kanak. Antara salah satu tujuan kami memilih KIDZLIFE ialah untuk menjalin hubungan dengan kanak-kanak dan mempelajari cara-cara untuk mendekati mereka sebagai persediaan untuk kami menempuh alam perkerjaan sebagai seorang guru di sekolah kelak. Antara masalah yang kami hadapi untuk menghadiri ke KIDZLIFE ini ialah dari segi pengangkutan. Sebenarnya untuk saya mengendali kanak-kanak ialah sesuatu yang mustahil kerana kalau memberi arahan pun mereka tidak akan dengar, selalu mencari masalah dan hyperaktif. Jadi mengambil bahagian dalam KIDZLIFE merupakan sebuah batu loncatan untuk saya dalam menempuhi kenyataan iaitu satu masa nanti saya akan mempunyai satu kelas penuh dengan kanak-kanak ataupun anak-anak sendiri selepas kahwin. Sebelum kami mengambil bahagian dalam KIDZLIFE, kami telah di briefing mengenai KIDZLIFE serta mengenai akta perlindungan kanak-kanak  dimana kami tidak boleh memuat naik gambar kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sosial media ataupun dimana-mana blog. Dan kami dapat berjumpa dengan pengarah projek KIDZLIFE iaitu abang Chin Hoe. Dia merupakan seorang yang periang, aktif dan baik. Beliau bersama dengan GG sejak penubuhannya dan mempunyai banyak pengalaman dalam membuat kerja sosial. Saya rasa lega sedikit dan bersyukur sebab dapat berkerjasama dengan seorang yang berpengalaman seperti dia.


SELEPAS


Hari pertama di PPR Sri Pantai – kami bertolak awal ke destinasi disebabkan kali pertama ke tempat tersebut jadi kami tidak mahu sesat dimana-mana dan pergi lambat ke PPR tersebut. Saya berasa sangat gelisah untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang dari berlainan kaum dan pada masa yang sama rasa teruja sebab kami dapat melaksanakan projek kami. Disebabkan kami sampai awal, kami melihat sekeliling PPR tersebut dan saya berasa sangat terkejut dan kesian akan komuniti di sana kerana situasi dan kemudahan tidak sebegitu baik dan kemiskinan jelas kelihatan kalau dibezakan dengan perbandaran dan rumah-rumah orang kaya tidak jauh dari PPR tersebut iaitu Midvalley dan Bangsar south. Pihak GG membuat briefing terlebih dahulu dengan memberitahu kami tugas setiap orang dan apa patut dan tidak patut kita buat semasa aktiviti berlangsung. Terdapat dua lagi kumpulan daripada unversiti Malaya iaitu daripada fakulti kejuruteraan dan FSSS yang turut berkerjasama dengan GG lama sebelum kami. Jadi kami meminta bantuan daripada mereka dari segi nasihati sebab kali pertama di PPR tersebut. Selepas pendaftaran kanak-kanak, kami diminta untuk menjemput mereka ke dalam. Kami terasa sangat  terkejut apabila sahaja pintu dibuka kanak-kanak masuk ke dalam secara beratur dan memberi salam kepada kami. Saya berasa terharu kerana walaupun pada usia yang sangat kecil mereka tahu memberi salam dan menjemput kami dengan cara yang paling sopan. Kalau dibandingkan dengan pelajar universiti kita, jarang kita dapat balasan teguran oleh sesiapa walaupuun kita tegur semua. Sejak itu, wujud satu sikap baik dalam diri saya iaitu menyapa siapa sahaja walaupun kalau tidak dapat balasan teguran sebab perkara tersebut dapat mengubah perasaan sesorang dan rasa dirinya dihargai oleh orang lain. Ini yang dapt saya simpulkan pada hari yang pertama. Hari pertama di PPR Selayang- unutk disimpulkan situasi di PPR Selayang lagi teruk berbanding dengan PPR di Sri Pantai. Terutamanya kanak-kanak di PPR Selayang lagi hyperaktif dan kurang sopan santun. Sebaik sahaja masuk ke bilik serbaguna, situasi yang riuh rendah disebabkan jeritan dan kanak-kanak bermain membuatkan kami terkejut dan gelisah untuk mengawal situasi tersebut. Tetapi walaupun mereka sangat nakal tetapi mereka menjemput kami dengan hati terbuka semasa sesi suai kenal. Perkara yang saya kagumi  ialah perpaduan kaum jelas kelihatan antara kanak-kanak. Pada akhir sesi semasa membuat refleksi hari tersebut, saya berasa hairan kerana ramai kanak-kanak disana tidak dapat menguasai Bahasa melayu dan ini merupakan satu masalah yang serius. Seterusnya, semangat yang sama dapat saya lihat pada setiap kanak-kanak dalam membuat atau bermain permainan yang diadakan.  Melihat semangat mereka yang membara walaupun kehidupan mereka serba kekurangan mereka mampu lagi melupakan semua dan menikmati keseronokan telah memberi saya satu semangat yang baru dalam menempuh dunia yang penuh cabaran dan halangan dan ingin kembalikan semula jasa saya kepada masyarakat.
Hari kedua dan ketiga di PPR Selayang- kami dijemput baik oleh kanak-kanak dan pada masa ini saya dapat rasa hubungan antara kami dengan kanak-kanak bertambah erat dan mereka dapat ingat nama kami walaupun kami tak dapat ingati nama mereka. Saya berasa hairan kerana saya tidak membuat sesuatu yang hebat macam pihak GG buat tapi kanak-kanak disana menghargai kita walaupun kita telah memberi impak yang kecil pada mereka. Ini merupakan satu lagi pengajaran yang saya dapat hayati iaitu walau sekecil manapun jasa kita tapi kalau kita buat dengan hati yang terbuka ia mempunyai impak yang besar kepada orang lain. Dan pada kunjungan yang terakhir kami, saya berasa hubungan antara kami menjadi sangat rapat sehingga tidak sampai hati untuk  berpisah dengan mereka. Kanak-kanak pun terasa perasaan yang sama apabila kami memberitahu kunjungan ini merupakan kali terakhir kami ke PPR Selayang. Sebelum semua kanak-kanak balik ke rumah masing-masing, mereka bersalaman dengan kami dan meminta kami untuk datang lagi. Tapi saya tidak sampai hati untuk menipu mereka jadi saya tidak membalas soalan mereka. Itu antara moments yang paling sukar untuk saya disamping rasa gembira kerana ada juga orang yang sayang akan kita selain keluarga kita. Hari terakhir di PPR Sri Pantai- sebelum pendaftaran kami berpeluang meluangkan masa bersama kanak-kanak. Pada masa itu kami bertanyakan impian setiap orang dan jawapan mereka membuatkan kami sangat terkejut dan gembira sebab mereka mempunyai impian yang tinggi seperti untuk menjadi doctor, artis , jurutera dan sebagainya. Hal ini demikian, mereka ingin mengubah nasib hidup mereka kepada yang lebih baik daripada ibubapa mereka yang saya rasa sangat kagum walaupun mereka masih muda dan ada banyak lagi cabaran dan halangan pada masa akan datang. Saya menyesal saya tidak mempunyai semangat sebegitu semasa saya kecil. Satu lagi perkara yang saya sedar ialah kita perlu jujur kepada diri kita dan perlu mempunyai kesanggupan menerima kenyataan hidup. Contohnya, semasa aktiviti dijalankan saya ternampak satu budak lelaki  ini ejek budak lelaki yang lagi satu ini sebab mempunyai inai dekat tangan dan budak tersebut terus menjadi sedih tapi selepas itu dia kembali ceria kerana dia tahu dia ingin menjadi seorang artis mekap jadi dia ingin menyemai sikap itu sejak kecil lagi. Pengajaran yang saya nampak ialah impian kita adalah kepunyaan kita dan kita tidak patut mengutuk impian orang lain walaupun impian mereka merupakan untuk menjadi mekap artis. Pada penghujung KIDZLIFE saya berasa gembira dan bersyukur kerana dapat berkerjasama dengan pihak GG dan mempelajari banyak daripada mereka dan kanak-kanak di kedua-dua PPR ini.

Siapakah saya?  Sebelum ini saya merupakan seorang yang tidak aktif dalam membuat kerja sukarelawan. Saya tidak pernah menyumbang sesuatu kepada masyarakat ataupun mencuba untuk menjalin hubungan dengan masyarakat. Apa yang saya lakukan selama ini adalah hanya belajar, berfoya dengan kawan kawan dan tidak pernah sekali mengambil kisah tentang masyarakat selain komuniti di sekeliling saya.  Saya gagal untuk memainkan peranan sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan pembangunan masyarakat. Tetapi semasa melakukan akitiviti jalinan masyarakat saya sedar akan kepentingan melakukan kerja sukarelawan serta saya dapat menikmati kepuasan yang saya dapat apabila saya dapat membuat seseorang itu gembira ataupun dapat membuat seseorang berasa mereka dihargai oleh masyarakat. Melalui pengalaman sendiri, tidak ramai yang sanggup membantu saya semasa dalam kesusahan ataupun semasa saya berasa sedih. Semasa situasi sebegitu berlaku saya berfikir yang diri saya ini tidak dihargai ataupun berasa kehadiran saya tidak disedari oleh orang. Melalui ini saya sedar dan akan cuba mengubah persepsi dan tingkah laku saya.
Selepas kerja lapangan ini saya terus akan cuba untuk memainkan peranan saya sebagai seorang sukerelawan dalam apa sahaja program yang memerlukan bantuan sukerelawan seperti misi sukerelawan banjir. Saya juga berasa saya telah membri impak kepada kanak-kanak di PPR tersebut dalam apa jua bentuk dan berharap juga mereka sentiasa tidak berputus asa walau apa jua.
Pengalaman yang paling bermakna kepada saya dalam membuat kerja lapangan ini ialah pertama komiten ahli kumpulan. Saya sangat gembira kerana berbanding kumpulan lain yang membuat kerja lapangan sekali gus,kami berjumpa banyak kali dan sanggup meluangkan cuti hujung minggu unutk membuat kerja lapangan. Tambahan pula mereka juga sanggup mengeluarkan duit untuk menanggung kos lebihan dan setiap detik kami bersama, merupakan detik yang sangat berharga kerana selepas ini semua akan kembali kepada rutin masing-masing yang sibuk tambah lagi dengan peperiksaan yang tidak lama lagi. Pengalaman yang paling bermakna yang lain ialah apabila melihat muka kanak-kanak yang gembira serta apabila mereka memanggil nama kita dengan penuh kasih saying. Detik-detik lain seperti dapat bermain dengan mereka dan dudk bersama mereka sembang ….
Antara perkara baru yang saya pelajari tentang komuniti ialah walaupun terdiri daripada berbilang kaum perpaduan diutamakan dan pada mereka semua orang adalah sama, tiada miskin dan kaya serta mereka sentiasa tidak berputus asa dan dapat mencari kegembiraan dalam situasi yang susah.
Perkara baru yang saya pelajari daripada rakan sekumpulan ialah kesanggupan untuk memberi komiten yang tinggi. Walaupun sesuatu itu bukan tugas dia, dia sanngup membuatnya tanpa merungut. Kalau saya, lama sudah saya menjadi marah. Saya sangat menghargai kesabaran rakan tersebut. Perkara baru yang saya pelajari tentang diri saya ialah saya mampu menjadi seorang pemimpin dan dapat memimpin kumpulan tersebut. Sebelum ini, saya akan cuba elak daripda menjadi ketua disebabkan perlu memberi komiten yang tinggi serta perlu mempunyai keyakinan yang tinggi. Selepas kerja lapangan saya sedar akan saya mampu memberi komiten dan yakin akan diri sendiri yang mampu memimpin sesebuah kumpulan. Saya akan cuba untuk terus berkerjasama dengan pihak Generasi Gemilang dan melakukan kerja sukarelawan dengan hati terbuka dan cuba membawa rakan-rakan lain untuk menyertai sebagai sukarelawan Generasi Gemilang. Dan perkara yang saya ingin perbaiki ialah menepati masa. Setiap kali untuk pergi ke kerja lapangan kami sentiasa tidak menepati masa dan menyebabkan pihak GG kesusahan untuk menunggu untuk kami. Saya berasa sangat kesal dengan tabiat kami dan akan cuba untuk perbaikinya. Saya berharap pihak university akan berkolabrasi dengan pihak NGO seperti Generasi Gemilang dalam membantu mereka untuk mencari sukarelawan untuk menjalankan aktiviti mereka setiap kali kerana mereka tidak mempunyai sukarelawan yang mencukupi untuk menjalankan program mereka. Saya berharap juga untuk memastikan kursus ini sebagai kursus wajib setiap semester untuk memastikan kerja lapangan ini daripada menjadi sebagai sesuatu yang dibuat sekali lepas itu dilupakan.

Jawapan kepada soalan yang pertama iaitu SIAPAKAH SAYA ?
Saya ialah perubahan (I’m the change)
Saya adalah pendidik (I’m an educator)
I am kalaichelvaan a/l perataban , Bachelor of science with Education and a proud Volunteer of Generasi Gemilang.



Sekian terima kasih.


Disediakan Oleh,
Kalaichelvaan a/l Perataban
Pengarah Projek.



No comments:

Post a Comment