Friday 29 May 2015

Refleksi Nur Shahidah Binti Selamat

SEBELUM

Pada pejumpaan Jalinan Masyarakat yang pertama sewaktu Encik Norjoharuddeen menayangkan video tentang masyarakat yang serba kekurangan dan juga mereka yang saling tolong menolong . Saya merasakan kesedihan itu dan turut sama merasai keperitan yang mereka rasai . Soalan siapa saya yang dikemukakan setiap kali sebuah video ditayangkan membuatkan saya berfikir . Siapa saya yang sebenarnya . Apabila , kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pihak NGO iaitu pihak Generasi Gemilang . Saya nampak hala tuju program ini dimana bukan hanya kami akan menjalinkan hubungan dengan masyarakat hanya untuk memenuhi kursus Jalinan Masyarakat sahaja . Namun , untuk memastikan bahawa kami akan terus berbakti untuk komuniti di samping untuk menunjukkan dan juga membutikan kepada orang luar bahawa mahasiswa ini cakna kepada kepentingan jalinan antara mahasiswa yang kebanyakannya golongan muda ini dengan masyarakat.


SEMASA

Kali pertama program bersama pihak Generasi Gemilang bertempat di PPR Sri Pantai.Bertolak pada awal pagi menaiki teksi ke sana merupakan sebuah pengalaman dan pengajaran kepada kami apabila teksi yang kami naiki telah salah membawa kami ke lokasi yang sepatutnya. Kami harus mengambil teksi yang lain untuk ke sana . Sesampainya kami di sana wakil pihak Generasi Gemilang iaitu Encik Chin Hoe ataupun kami bahasakan beliau sebagai Abang Chin Hoe masih belum sampai . Kami tunggu seketika sambal meninjau PPR tersebut . Apa yang saya dapati ialah mereka yang tinggal di kawasan tersebut merupakan dari golongan miskin bandar .  Setelah segala keperluan tersedia , tiba masa untuk menyambut tetamu kami iaitu kanak-kanak tersebut . Kali pertama mereka melihat kami . Pandangan yang sukar ditafsir daripada mereka . Kebetulan program pertama kali untuk kami ini , terdapat juga pelajar dari jurusan lain yang juga dari Universiti Malaya yang telah kali kelima menyertai program ini . Kanak-kanak di sana telah lebih lama mengenali mereka menyebabkan hubungan mereka lebih rapat . Namun , setelah agak lama kanak-kanak itu Nampak sudah lebih mesra . Program pertama tersebut jatuh pada hari sebelum hari ibu , jadi pihak Generasi Gemilang telah mengadakan satu slot kraf untuk membuat bunga untuk dihadiakan kepada ibu mereka . Mereka sangat teruja untuk membuat bunga tersebut . Kanak-kanak yang dibawah umur 5 tahun yang tidak boleh untuk membuat kraf itu sendiri telah dibantu oleh sukarelawan . Setelah kraf siap Abang Chin Hoe telah mengambil alih slot pengajaran . Kami menyanyikan lagu  sempena Hari Ibu . Slot ini khas untuk melahirkan rasa kasih saying dan penghargaan kepada ibu mereka . Akhir sekali , kami menyambut sambutan hari lahir kanak-kanak di sana dari bulan Januari hingga Mei . Selepas itu , mereka bersurai .
Program kali kedua dijalankan di Taman Prima Selayang di mana kebanyakan kanak-kanak di sini adalah dari kaum India dan juga Cina . Ada juga diantara mereka yang tidak faham Bahasa Melayu menyebabkan kesukaran untuk kami berkomunikasi . Namun , dengan bantuan ahli kumpulan kami iaitu Kalai membolehkan kami memahami apa yang mereka katakana . Slot kali ini membincangkan tentang keselamatan diri . Slot kraf kali ini ialah selipar yang diperbuat dari kertas . Corak dilukis oleh kanak-kanak sendiri . Objektif kepada slot ini adalah untuk menjelaskan kepada kanak-kanak bahawa keselamatan diri itu adalah kepentingan yang harus diambil kira walau di mana jua.
Program ketiga dijalanakan di Taman Prima Selayang . Slot kali ini lebih menarik dijalankan oleh Abang Chin Hoe iaitu tentang perasaan . Ada satu slot cerita pendek yang telah dilakonkan oleh sukarelawan untuk menerangkan tentang jenis-jenis perasaan seperti gembira , marah dan sedih . Mereka juga diterangkan bahawa orang lain juga ada perasaan dan juga perasaan itu adalah suatu pilihan dalam diri kita .
Program keempat yang itu yang terakhir untuk lokasi ini dijalankan di PPR Sri Pantai . Kami sampai awal dan membuatkan kami mempunyai masa untuk berborak dengan kanak-kanak di sana . Kali ini nampaaknya mereka sudah mengenali dan juga lebih mesra . Saya dan sukarelawan lain bertanya tentang cita-cita mereka . Ada yang katakana mahu menjadi seorang artis dan juga cita-cita lain dalam bidang professional . Menyebabkan saya tersentak seketika . Kanak-kanak yang hidup serba kekurangan ini juga mahu mencapai cita-cita mereka . Mengapa tidak saya yang hanya tinggal selangkah untuk mencapai cita-citasaya ini berusaha untuk belajar sehabis baik . Slot permainan kali ini , ialah rebut jelly dan juga disertai oleh sukarelawan . Slot pengajaran pula tentang tali pinggang kebenaran . Abang Chin Hoe menjelaskan tentang kepentingan berkata benar . Pada pendapat saya slot ini sangat bagus untuk kanak-kanak . Hal ini kerana seawal usia kanak-kanak kita harus terapkan nilai-nilai murni kepada mereka . Saya dapat lihat bahawa kanak-kanak tersebut memahami apakah kepentingan berkata benar .Sewaktu kami hendak pulang , kanak-kanak di sana mengajak kami untuk datang ke sana lagi membuatkan kami terharu dan menunjukkan bahawa kami sudah ada jalinan antara kami dan mereka .

Program terakhir yang juga untuk kali terakhir di Taman Prima Selayang .Kanak-kanak di sini agak agresif berbanding dengan di PPR Sri Pantai . Namun ada juga yang agak pasif . Sehinggakan tidak mahu bergaul . Setelah agak lama bersama mereka barulah mereka mahu berinteraksi dengan kami . Slot pengajaran kali ini berkisarkan tentang kebersihan . Pada pendapat saya , slot ini menarik minat kanak-kanak untuk menjaga kebersihan kerana cara penyampaian melalui drama pendek dan juga video kegemaran kanak-kanak iaitu doraemon . Di sini kami menyanyikan sebuah lagu dengan petikan gitar dari staf Generasi Gemilang sendiri . Lagu disampaikan dalam Bahasa inggeris tujuannya untuk mengajar mereka pelbagai Bahasa . Hal ini kerana kebiasaannya slot pengajaran diberikan dalam Bahasa Malaysia . Apabila sesi kali ini tamat . Abang Chin Hoe memaklumkan kepada mereka bahawa ini adalah program terakhir kami supaya kelak kanak-kanak itu tidak akan tercari-cari dan tertunggu-tunggu kehadiran kami . Pada pandangan saya , apa yang dilakukan oleh staf Generasi Gemilang ini sangat bertepatan memandangkan target komuniti kami untuk program Kidzlife ini adalah kanak-kanak. Mereka secara lumrahnya , perlukan kasih sayang dan apabila mereka sudah merasa selesa dengan seseorang mereka ingin sealu bersama dengannya . Untuk mengelakkan mereka merasakan teralu kehilangan , jadi tindakan awal seperti ini dilakukan . Pada akhir program , kebiasaannya kami akan adakan ‘post mortem’ bersama semua sukarelawan dan juga pihak Generasi Gemilang sendiri . Sesi ini adalah lebih kepada sesi perkongsian . Abang Chin Hoe akan bertanya kepada setiap seorang tentang apa yang mereka dapat untuk program hari itu . Selain itu , jika ada penambah baikan ataupun kritikan tentang program mereka akan menerimanya dengan hati terbuka . Apa yang dilakukan oleh pihak Generasi Gemilang ini sangat menyentuh hati saya apabila mereka yang sudh biasa menguruskan program amal seperti ini masih mahu menerima pendapat dan cadangan dari kami yang masih amatur ini .


SELEPAS

Selepas menyertai beberapa kali program ini . Saya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Encik Norjoharuddeen pada perjumpaan kali pertama . Siapa saya ? Saya adalah seorang insan yang harus berbakti kepada masyarakat . Saya adalah seorang insan yang telah dikurniakan pelbagai kenikmatan yang harus saya kongsikan bersama dengan komuniti . Saya adalah seorang individu yang harus membuka mata masyarakat bahawa kita semua adalah bersaudara dan memerlukan antara satu sama lain . Saya adalah seorang insan yang sudah pun bergerak kerja dengan NGO yang telah membawa revolusi kepada kehidupan masyarakat yang tinggal dalam keadaan serba sederhana itu agar mereka merasakan bahawa mereka itu adalah sama . Mereka juga mempunyai hak untuk dilayan seperti orang lain . Mereka juga mempunyai ruang dan peluang untuk menjadi apa yang mereka impikan . Setiap kali habis program , terlalu banyak pengajaran yang dapat saya ambil dalam program ini . Bukan hanya dari staf Generasi Gemilang sahaja tetapi daripada rakan-rakan dan juga kanak-kanak itu sendiri . Saya belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka yang bukan sebaya dan juga berlainan bangsa . Saya melihat betapa bertuahnya saya sebagai seorang insan untuk merasai pengalaman seperti ini dengan keadaan serba lengkap . Kini saya sedar , apa yang saya harus lakukan dalam hidup bukanlah untuk mencari , namun untuk menghargai apa yang saya ada. Selain itu , saya juga merasakan bahawa masa yang diluangkan untuk bersama dengan komuniti itu adalah sangat berharga apabila kita dapat melihat mereka tersenyum dengan kehadiran kita . Perkataan “kakak , nanti dating lagi” membuatkan saya tersenyum selalu . Ternyata apa yang sudah dikorbankan itu berbaloi dengan apa yang diperoleh . Jalinan yang telah wujud diantara kami dan juga kanak-kanak itu adalah hadiah yang paling bernilai dan merupakan pengalaman yang tidak mungkin dapat dicari di tempat lain . Semoga ukhwah yang terjalin antara kami bersama ahli kumpulan dan juga kanak-kanak itu akan kekal . Saya dapat lihat bahawa semua ahli memberikan komitmen mereka sebaik mungkin untuk menjayakan program ini secara tidak langsung mengeratkan lagi tali persaudaraan dengan kami . Pengalaman dan juga tunjuk ajar serta nasihat yang diberikan sepanjang program ini pastinya tersemat dalam sanubari dan jiwa saya selamanya.




Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,
Nur Shahidah Binti Selamat,
Biro Tugas-tugas Khas.

No comments:

Post a Comment