Thursday 9 April 2015

Ke Pejabat Generasi Gemilang


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada hari isnin lepas, 07 April 2015, wakil dari kumpulan kami iaitu Kalai, Fermilah, Aini dan juga Ida telah pergi ke pejabat Generasi Gemilang di Kelana Jaya bersama-sama dengan menaiki lrt di lrt universiti. Kami bertolak sekitar jam 10.30 pagi dan sampai jam 11 pagi. Setelah sampai kami dijemput oleh salah seorang wakil dari Generasi Gemilang untuk ke pejabat mereka. Tujuan kami datang adalah untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai prosedur dan aktiviti yang bakal dijalankan bersama-sama dengan pihak mereka. Perbincangan telah menetapkan program KidzLIFE yang perlu kami hadiri selama empat hari iaitu pada 25, 26 April serta 9, 23 Mei 2015 yang bertempat di Sri Pantai dan Taman Prima Selayang. Hasil dari perbincangan juga turut menetapkan pada 23 April 2015 ini akan diadakan taklimat program yang bakal berlangsung di Universiti Malaya. Pihak mereka akan datang ke Universiti Malaya sendiri untuk memudahkan kami semua. Sesi perbincangan berakhir sekitar jam 1 ptg. Kami pula tiba di kolej pada jam 2 petang.

Di Um Sentral bersama ahli kumpulan yang lain.

Di bilik mesyuarat pejabat Generasi Gemilang : Sebelum perbincangan bermula.


Semasa sesi perbincangan berlangsung.




Sesi pertanyaan.




Wakil pihak Generasi Gemilang menerangkan serba sedikit mengenai mereka.








Sekian, terima kasih.

Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.




Pembentangan Proposal Kali Pertama

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Jumaat lepas iaitu 03 April 2015 jam 3 petang bertempat di Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains, Universiti Malaya telah diadakan pembentangan proposal bagi setiap kumpulan bagi kursus ini. Bagi kumpulan kami telah membentangkan proposal mengenai satu badan iaitu Generasi Gemilang. Sesi pembentangan berjalan dengan lancar serta kumpulan kami telah dapat memuaskan hati penasihat kami yang dihadiri oleh Kalai, Fermilah, Shida dan Ainna. Penasihat kami menyarankan kami untuk memilih dan meneruskan projek ini bersama dengan Generasi Gemilang kerana matlamat bagi kursus jalinan masyarakat ini yang sebenarnya adalah untuk bekerjasama dengan badan NGO sepertimana Generasi Gemilang yang mempunyai aspek-aspek ini. Sesi pembentangan berakhir sekitar jam 5 petang.





Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh ,
Aini.
Biro Publisiti.

Saturday 4 April 2015

Mesyuarat kali ketiga

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada mesyuarat kali ini, perbincangan mengenai pemilihan projek komuniti kumpulan kami diadakan di Kolej Kediaman Kedua Belas pada jam 8 malam, hari Rabu, 25 Mac 2015. Setelah mendapat persetujuan ramai dengan projek pilihan, kami juga telah merencana kertas cadangan kami yang bakal dibentangkan pada mesyuarat seterusnya kepada penasihat kami. Pada perjumpaan ini juga kami telah memilih jawatan bagi setiap ahli kumpulan dalam carta organisasi kami. Di sini saya sertakan carta organisasi kami. Mesyuarat berakhir sekitar pada jam 9 malam.

Penasihat kursus : Encik Norjoharuddeen Bin Mohd Nor


Pengarah Projek : Kalaichelvaan a/l Perataban



Timbalan Pengarah : Ahmad Faiz Shah Bin Mohamed



Setiausaha : Nurainna Afiqah Binti Abdul Shukor



Bendahari : Maryam Jamilah Binti Abdul Rahim



Biro Protokol : Fermilah Evinnnie Aldrin



Biro Tajaan : Nurul Syifa Binti Hassan



Biro Teknikal dan Multimedia : Nurfarahin Binti Norzin


Biro Publisiti : Aini Norain Binti Rosli



Biro Logistik : Siti Zaidah Binti Ahmad



Biro Tugas-tugas Khas : Nur Shahidah Binti Selamat






dari kiri : kalai, aini, fermilah, ainna
( sekitar mesyuarat sedang berlansung )





Sekian, terima kasih.
Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.




Mesyuarat kali kedua

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Mesyuarat kali kedua ini diadakan pada minggu ketiga kuliah iaitu pada hari jumaat, 13 Mac 2015 bermula pada pukul 3 petang bertempat di Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Pada mesyuarat kali ini adalah sesi pembentangan idea untuk projek jalinan masyarakat bagi setiap kumpulan. Wakil untuk kumpulan kami iaitu Kalai, Farahin, Ainna dan Aini telah membentangkan tiga idea iaitu projek di rumah anak yatim, di kampung serta akhir sekali di kampung orang asli. Perbincangan bagi pemilihan projek masih lagi diteruskan. Mesyuarat berakhir pada jam 5 petang.





Sekian, terima kasih.

Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.

Mesyuarat kali pertama

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Mesyuarat kali pertama diadakan pada minggu kedua kuliah pada hari jumaat, 06 Mac 2015. Mesyuarat ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 3 petang bertempat di Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Pembahagian kumpulan dibahagikan mengikut major masing-masing. Sesi pengenalan kepada subjek ini dilakukan oleh penasihat akademik kami iaitu Encik Norjoharuddeen Bin Mohd Nor. Mesyuarat berakhir pada jam 5 petang.





Sekian, terima kasih.

Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.