Tuesday 19 May 2015

17 Mei 2015 - Ke Taman Prima Selayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada ahad lepas bersamaan 17 Mei 2015, kami telah pergi untuk menyertai program KidzLIFE yang seterusnya di Taman Prima Selayang seperti yang telah dijadualkan sebelum ini. Kami berkumpul di Kolej 12 pada jam 1.30 petang dan segera bertolak ke tempat briefing iaitu di KFC berdekatan dengan Kolej MAHSA. Kami pergi dengan menaiki dua buah kereta sewa iaitu kereta Myvi dan sampai ke KFC kira-kira pada jam 1.45 petang. Setelah sampai, kami makan tengahari dahulu disitu. Pada jam 2.40 petang, sesi briefing telah diadakan oleh abang Chin Hoe. Setelah selesai, kami bergerak ke destinasi yang dituju pada jam 3.00 petang. Perjalanan memakan masa lebih kurang selama setengah jam dan kami sampai ke destinasi kira-kira pada jam 3.30 petang. Sementelah sampai, kami mempersiapkan tempat seperti biasa sebelum kanak-kanak sampai. Program bermula pada jam 4.00 petang. Program lebih menumpukan kepada sesi pengajaran mengenai emosi yang terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu gembira, takut, marah dan sedih. Sambutan daripada kanak-kanak yang hadir amat memberangsangkan dan mereka memeberikan kerjasama yang baik kepada kami semua. Program berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 5.00 petang. Kami bergerak pulang dan sampai ke kolej masing-masing lebih kurang pada jam 6.00 petang.



Sekian, terima kasih.


Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.

No comments:

Post a Comment