Friday 29 May 2015

Refleksi Ahmad Faiz Shah Bin Mohamed

SEBELUM

Pada awalnya, saya merasakan kursus Jalinan Masyarakat ini seperti membuang masa, harta dan tenaga. Saya merancang untuk tidak mengambil kursus ini pada semester ini. Tetapi di sebabkan semua pelajar Sains Dengan Pendidikan Tahun 1 wajib mengambil pada semester ini, saya ikuti sahaja arahan Dr. Yus. Setelah memasuki kelas pertama, Pensyarah saya, Encik Norjo telah memasang beberapa Video yang agak menyentuh perasaan. Pada ketika itu, Pensyarah memberitahu untuk kami semua turun ke lapangan untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik seperti yang ditunjukkan dalam Video. Pada asalnya saya belum faham tujuan utama kursus ini diadakan. Setelah berbincang dengan rakan-rakan yang lain, saya hanya mengikut sahaja sedangkan pada masa itu saya masih tidak tahu apa-apa. Terlalu banyak cadangan pada asalnya dan mereka memilih untuk bersama pihak NGO iaitu “Yayasan Generasi Gemilang” dalam program KIDz For Life di PPR.


SEMASA

Saya mula menyedari hakikat kehidupan sebenar diluar sana setelah di beri taklimat ringkas yang diadakan di Dewan Kuliah 3 Fakulti Sains Universiti Malaya. Di sini merupakan kali pertama meraka datang ke UM untuk memberi sedikit taklimat ringkas tentang aktiviti yang dianjurkan, etika bersama meraka dan sebagainya. Mulai pada saat itu, saya mula menyedari bahawa ada kanak-kanak yang hidupnya tidak tenang, suasana rumah yang daif, keluarga yang berpecah belah dan sebagainya. Program diadakan di PPR Sri Pantai, Pantai Dalam. Saya bukanlah seorang yang tak sukakan kanak-kanak. Tetapi saya memang sukakan kanak-kanak kerana saya ada ramai sepupu dan anak sedara yang masih kanak-kanak. Di sana saya lihat mereka dari sudut pakaian pun sudah Nampak mereka yag tinggal disana bukanlah dari yang senang. Keadaan disana agak terkawal kerana kanak-kanak disana bukanlah yang 6 tahun kebawah. Kebanyakannya sudah bersekolah. Seterusnya kami ke PPR Taman Prima Selayang. Apabila sampai disana kami agak terkejut dengan suasana Perumahan mereka. Lebih daif jika nak dibandingkan dengan PPR Sri Pantai. Dalam fikiran saya, kanak-kanak disini mungkin lebih pendiam daripada kanak-kanak di PPR Sri Pantai. Bila kami masuk ke dalam Bilik Gerakan, fikiran saya seolah-olah berubah. Tanggapan pertama saya salah. Mereka lebih aktif dan peramah. Meraka menjemput kami masuk, ada yang bersalaman, ada yang ucap Hai, Selamat datang. Untuk hari yang berikutnya, hubungan saya sendiri dengan kanak-kanak semakin rapat. Ada yang sudah mengenali saya, bila masa pulang mereka Tanya adakah kami akan datang lagi minggu depan. Saya senyum sahaja.


SELEPAS


Selepas tamat program ini 3 hari di PPR Taman Prima Selayang, 2 hari di PPR Sri Pantai terlalu banyak apa yang saya telah belajar di sana. Pada asalnya, kami pelajar Sains Dengan Pendidikan Major Kimia bukanlah mengenali antara satu sama lain. Setelah program ini, kami semua menjadi semakin rapat bahkan seperti adik beradik. Semasa program kami gelak, suka, duka sama-sama menjadikan ikatan antara kami bertambah erat. Selain itu, turut juga terjalin hubungan antara kami dan pihak Yayasan Generasi Gemilang. Di samping itu, saya banyak belajar tentang kerjasama dalam kumpulan itu sangat penting dalam menjayakan sesuatu program. Satu perkara yang sangat memberi impak yang besar kepada saya ialah “Jangan pandang keatas, tapi pandanglah kebawah” yang bermaksud bila kita berada di satu tahap, jangan pandang orang yang lebih pada kita, tetapi pandanglah yang lebih rendah kerana ini akan mengajar kita erti bersyukur.


Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,
Ahmad Faiz Shah Bin Mohamed,
Timbalan Pengarah.

No comments:

Post a Comment