Friday 8 May 2015

Briefing Buat Pertama Kali Dengan Wakil Generasi Gemilang

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang telah dirancang, pada 23 April 2015 lepas telah berlangsungnya briefing buat kali pertama dengan wakil dari pihak Generasi Gemilang (GG) bertempat di Dewan Kuliah 3, Fakulti Sains, Universiti Malaya yang bermula pada jam 2 petang serta berakhir sekitar 3.30 petang. Wakil dari pihak GG itu sendiri yang datang ke kampus kami untuk memberikan briefing mengenai GG. Pihak GG telah menghantar tiga orang wakil dan turut disertai oleh Chin Hoe Kwok ataupun lebih mesra dipanggil abang Chin Hoe yang akan mengetuai dan memimpin kumpulan kami dalam menjayakan program KidzLIFE. Sesi pengenalan dimulai oleh Miss Riana iaitu wakil dari pihak GG yang sentiasa berhubung dengan pihak kami mengenai GG. Briefing kali ini dihadiri oleh semua ahli kumpulan kami. Di akhir briefing ini, pihak GG telah mengemukan tarikh yang baru untuk program KidzLIFE yang bakal diadakan kelak atas sebab-sebab mereka yang tidak dapat dielakkan. Tarikh dan hari yang dipersetujui adalah seperti berikut :-

Program KidzLIFE :

9/5/2015 ( SABTU ) : PPR SRI PANTAI ( 9AM - 12PM )
10/5/2015 ( AHAD ) : TAMAN PRIMA SELAYANG ( 3PM - 5PM )
17/5/2015 ( AHAD ) : TAMAN PRIMA SELAYANG ( 3PM - 5PM )
23/5/2015 ( SABTU ) : PPR SRI PANTAI ( 9AM - 12PM )
24/5/2015 ( AHAD ) : TAMAN PRIMA SELAYANG ( 3PM - 5PM )


Pembentangan mengenai Generasi Gemilang

Pembentangan oleh Miss Riana

Ahli kumpulan kami memberikan sepenuh perhatian
Abang Chin Hoe dan Miss Riana
Abang Chin Hoe memberikan sepatah dua kata





Sekian, terima kasih.

Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.



No comments:

Post a Comment