Friday 15 May 2015

10 Mei 2015 - Ke Taman Prima Selayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang telah dijadualkan, pada ahad lepas kumpulan kami telah pergi ke Taman Prima Selayang dengan menaiki kereta sewa sebanyak dua buah iaitu satu kereta Myvi serta satu lagi adalah kereta Viva. Kami berkumpul di kolej kami kira-kira pada jam 1.00 petang dan setelah masuk waktu solat zohor, kami solat di surau Fakulti Sains terlebih dahulu. Kemudian, pada jam 1.30 petang kami berkumpul di UM Sentral sementara menunggu abang Chin Hoe datang mengambil sukarelawan dari Kolej 2. Kami bergerak bersama-sama untuk ke pejabat Generasi Gemilang dahulu untuk "briefing" mengenai tentatif program KidzLIFE pada kali ini. Lebih kurang pada jam 3.00 petang, kami semua bertolak ke Taman Prima Selayang dan sampai pada jam 3.30 petang. Pelbagai program yang menarik telah diadakan antaranya adalah membuat kraftangan iaitu selipar kertas bersama-sama kanak-kanak yang hadir. Program berakhir pada jam 5.30 petang dan kami sampai ke kolej masing-masing pada jam 7.00 petang.


Proses membuat kraftangan.

Hasil kraftangan.




Sekian, terima kasih.


Dilaporkan Oleh,
Aini,
Biro Publisiti.

No comments:

Post a Comment