Thursday 28 May 2015

Refleksi Nurfarahin Binti Norzin

SEBELUM

Secara jujurnya, semasa pendaftaran subjek pada awal semester saya tidak tahu tentang kursus jalinan masyarakat ini. Kursus ini adalah kursus universiti yang wajib diambil oleh semua pelajar Universiti Malaya. Semasa hari pertama kelas berlangsung, pensyarah kami telah memberikan sedikit pengenalan tentang kursus ini. Saya berpendapat kursus ini seperti kursus yang tidak mendatangkan faedah dan hanya diambil kerana ingin memenuhi jam kredit. Pada hari itu, pensyarah memberi soalan "siapakah saya ? ". Jawapan saya yang pertama adalah tentang diri saya seperti nama, tempat belajar dan tentang keluarga saya. Setelah beberapa video yang telah ditayangkan dan soalan yang sama ditanya. Akhirnya, saya menjawan "saya seorang yang sangat bertuah". Ketika itu, saya cuma berfikir tentan betapa beruntungnya saya jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik diluar sana. Pada akhir sesi kelas, kami telah dibahagikan mengikut major masing-masing sebagai satu kumpulan.


SEMASA

Semasa perancangan, kami telah sebulat suara memilih Kalai sebagai ketua kumpulan kami. Kami juga telah membahagi tugas mengikut biro masing-masing. Ketika ini saya dapat memupuk semangat kerja berpasukan. Kami sentiasa bekerja keras dalam menyediakan idea-idea yang bernas untuk dibentangkan pada kelas-kelas yang berikutnya, Saya dan kawan-kawan saling memberi pendapat dan bertukar-tukar idea. Pada mulanay, kami memilih rumah anak yatim Al-Kausar kerana kami berfikir bahawa anak-anak disana harus diberi perhatian yang lebih. Tetapi akhirnya, salah seorang ahli kumpulan kami mencadangkan bekerjasama dibawah NGO iaitu Generasi Gemilang atas faktor kewangan. Kami berfikir sekiranya kami bekerjasama bersama mereka, kami tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Semasa hari kejadian, apa yang saya dapat simpulkan, saya bukan hanya dapat belajar bekerjasama dengan mereka yang lebih dewasa dan berpengalaman dan juga saya dapat berinteraksi dengan mereka yang lebih muda. Saya juga dapat menanam sifat bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugas yang diberikan. Saya juga dapat mempelajari cara-cara pembelajaran yang sesuai yang boleh diberikan kepada kanak-kanak. Saya dapat mengawal sifat pentingkan diri sendiri dan keras kepala yang ada dalam diri saya. Saya percaya bahawa setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Jangan mudah melepaskan tangan terhadap sesuatu masalah yang melanda ahli kumpulan. Jangan hanya memikirkan kesenangan dan keselesaan diri sendiri apabila bekerja dalam kumpulan. Saya juga belajar untuk menjadi seorang yang ikhlas untuk memberi walau sekadar memberi senyuman. Dengan keikhlasan yang ada, orang-orang disekeliling kita akan lebih menghargai apa yang kita beri kepada mereka.


SELEPAS

Dengan hati yang ikhlas, saya sangat memuji tindakan pihak UM yang mengadakan kursus seperti ini kerana bagi saya kursus seperti ini telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman yang terlalu indah. Dengan menjalankan kursus ini, saya dapat belajar berfikir secara rasional dan bekerja secara profesional. Bijak mengawal situasi dan saya sedar bahawa semua masyarakat yang hidup di dunia ini memerlukan bantuan. Bahkan semua masyarakat memerlukan bantuan. Saya juga sedar bahawa semua masyarakat berhak bercita-cita tinggi walaupun kurang bernasib baik.



Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,
Nurfarahin Binti Norzin,
Biro Teknikal dan Multimedia.




No comments:

Post a Comment