Sunday 10 May 2015

9 Mei 2015 - Ke PPR Sri Pantai

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Sabtu lepas, kumpulan kami telah pergi ke PPR Sri Pantai dengan menaiki tiga buah teksi dari kolej masing-masing. Dua buah teksi dari Kolej 12 manakala satu buah teksi dari Kolej 4. Kami berkumpul beramai-ramai kira-kira pada jam 7.30 pagi dan bertolak pada jam 7.45 pagi. Lebih kurang pada jam 8.15 pagi kami telah sampai ke destinasi yang dituju. Tidak berapa lama kemudian, abang Chin Hoe telah sampai dan meminta kami semua untuk membantunya mengangkat masuk barang-barang yang dibawa ke dalam dewan serbaguna orang ramai. Disini disertakan tentatif bagi program KidzLIFE yang telah disediakan :-


Jadual tentatif program

Aktiviti pertama yang dijalankan adalah dengan aktviti menyanyi. Yang kedua adalah aktiviti permainan, yang kedua membuat kraftangan bunga untuk Hari Ibu dan akhir sekali sambutan hari jadi. Dengan bertemakan "Birthday Celebration", program harini lebih menumpukan kepada sambutan harijadi bagi kanak-kanak yang lahir pada bulan Januari hinggalah bulan Mei. Pada akhir program turut diadakan sesi mesyuarat ringkas bersama-sama dengan semua sukarelawan dan abang Chin Hoe. Program berjalan dengan lancar . Setelah siap mengemas semua barang-barang, kumpulan kami bertolak balik ke UM lebih kurang pada jam 12.00 tengahari.


Bangunan PPR Sri Pantai
Setelah sampai buat program kami untuk kali pertamanya


Membantu abang Chin Hoe mengangkat barang

Setting PA sistem
Maryam bersama sukarelawan yang lain dengan proses menyiapkan prop

Proses menghias banner
Antara ahli kumpulan kami


Briefing dari abang Chin Hoe untuk proses membuat kraftangan hari ibu

Antara kek sambutan hari jadi


Sesi perbincangan selepas program berakhir

Sesi bergambar kenangan bersama sukarelawan yang lain




Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh,
Aini,
Biro Publisiti.




No comments:

Post a Comment