Friday 29 May 2015

Refleksi Fermilah Eviannie Aldrin

SEBELUM

Siapakah saya? Walaupun soalan ini ringkas tetapi persoalan ini menimbulkan lebih banyak lagi persoalan di dalam hidup saya. Siapakah saya yang sebenarnya? Apa tujuan hidup saya? Mengapa saya perlu mengambil kursus ini? Apa sumbangan saya terhadap masyarakat? Soalan ini membuatkan saya berfikir apa sebenarnya tujuan hidup saya. Soalan ini juga membuatkan saya sedar bahawa hidup sebagai seorang pelajar bukan sahaja belajar dan mendapat pointer yang tinggi tetapi hidup mempunyai lebih banyak makna daripada itu.


SEMASA

9 Mei 2015 merupakan tarikh bermulanya sesi Jalinan Masyarakat. Pada mulanya, saya merasa sangat tidak bersemangat untuk melaksanakan aktiviti. Saya merasakan kenapa saya harus melakukan aktiviti ini? Kenapa saya harus membuang masa saya terlibat dengan aktiviti yang bagi saya sangat membuang masa. Walau bagaimanapun, pandangan saya itu berubah apabila bermula sahaja aktiviti tersebut. Walaupun hari itu merupakan hari pertama saya terlibat dengan aktiviti tersebut banyak sekali perkara yang saya telah pelajari. Antaranya ialah saya dapat melihat kanak-kanak tersebut sangat aktif dan bersemangat sepanjang aktiviti itu dijalankan. Mereka sangat sporting dan bermain game dengan sangat bersemangat. Walaupun kami masih baru tetapi mereka sangat peramah dengan kami. Hal ini membuatkan saya sedar bahawa sikap peramah haruslah dipupuk dan diamalkan di dalam kehidupan. Saya sedar bahawa selama ini saya sangat susah untuk memulakan sesuatu perbualan kerana takut tidak diterima atau tiada keyakinan diri untuk memulakan perbualan tersebut. Tetapi kanak-kanak ini membuatkan saya sedar untuk tidak takut untuk mencuba. Dalam masa yang sama kami diberikan peluang untuk bermain bersama-sama dengan kanak-kanak tersebut. Apabila saya bermain bersama dengan mereka saya teringat kembali kenangan semasa zaman kanak-kanak dahulu. Saya sedar bahawa betapa lamanya saya tidak bersikap seperti kanak-kanak yang sangat gembira dan bebas dari stress. Saya juga merasakan diri saya ini bertuah kerana zaman kanak-kanak dipenuhi oleh permainan yang membolehkan saya berkomunikasi dan mengeluarkan peluh. Bukan seperti kanak-kanak zaman sekarang yang meluangkan masa dengan smart phone dan video games sahaja. Setelah semua aktiviti selesai short briefing diadakan dan melalui perkara itulah saya dapat mendengar pelbagai pendapat yang membangun diri saya sendiri. Saya mempelajari bahawa untuk melaksanakan sesuatu aktiviti kita tidak harus melakukan perkara itu seorang diri. Hal ini kerana, apabila kita bekerja bersama-sama lebih banyak lagi perkara baru yang dapat dicapai dan beban yang kita pikul itu lebih ringan. Walaupun sebelum ini saya pernah menjadi sukarelawan tetapi saya merasa sangat terbeban. Tetapi menjadi volunteer untuk Generasi Gemilang merupakan satu keputusan yang tidak saya pernah saya kesali malahan saya sangat berasa seronok melaksanakan aktiviti-aktiviti ini dan dalam masa yang sama saya merasakan bahawa saya dapat melakukan sesuatu perubahan walaupun hanya untuk seorang insan sahaja.


SELEPAS

Melalui daripada aktiviti ini saya mempelajari banyak perkara bukan sahaja daripada kanak-kanak yang mengikuti Kidz Life tetapi juga rakan-rakan dan pihak Generasi Gemilang. Perkara yang paling tidak dapat saya lupakan ialah ketika kami diberikan masa untuk meluahkan pendapat kami dan apa yang kami telah pelajari apabila semua aktiviti sudah selesai. Saya belajar untuk menerima pendapat semua orang tidak kira latar belakang peribadi tersebut. Saya juga belajar banyak perkara daripada Chin Hoe yang telah membimbing kami sepanjang aktiviti ini dijalankan. Seringkali dia berkata kepada kami bahawa ‘Kami menerima kamu untuk mengikuti aktiviti ini bukan untuk kamu membantu kami dalam mengurus semua aktiviti ini tetapi perubahan didalam diri kamu itu lebih penting.’ Saya sangat terharu mendengar perkataan ini kerana ini menunjukkan bahawa dia mahu kami mengalami satu transformasi di dalam hati kami dan itu sangat-sangat mendorong saya untuk mengubah diri saya ke arah yang lebih baik. Dia mengajar saya untuk prihatin terhadap orang lain dan melihat setiap situasi dari sudut yang berlainan. Saya juga belajar apakah maksud ‘teamwork’ apabila bekerjasama dengan pihak Generasi Gemilang. Apabila melihat mereka bekerjasama dan saling mendorong di antara satu sama lain membuatkan saya lebih mendalami apakah maksud sebenar bekerjasama dalam satu kumpulan. Saya belajar untuk mendorong team member untuk melakukan sesuatu dan bukannya merendahkan semangat mereka. Setiap lesson yang mereka berikan kepada kanak-kanak yang mengikuti KIdz Life mempunyai banyak isi-isi tersurat dan tersirat. Contohnya, ‘Whistle means silence.’ Slogan ini mengajar saya untuk lebih alert dengan situasi sekeliling dan fokus. Seterusnya, ‘No talking when others are talking.’ Melalui slogan ini mereka mengajar kanak-kanak untuk menjaga disiplin mereka dengan lebih efektif lagi. Selain itu, saya juga mempelajari banyak perkara tentang rakan-rakan seperjuangan saya. Mereka sanggup mengorbankan masa, tenaga dan juga duit untuk memastikan setiap ahli dapat megikuti aktiviti ini. Ada yang sanggup memandu dalam jarak yang sangat jauh untuk mendapatkan kenderaan, ada yang sanggup menggunakan duit belanja untuk membayar kos kenderaan dan macam-macam lagi. Setiap pengorbanan yang telah ahli kumpulan ini lakukan melambangkan kerjasama kami di antara satu sama lain. Saya melihat setiap ahli kumpulan mempunyai sikap-sikap mereka sendiri dalam melaksanakan tugas dan membuatkan kerja lapangan ini lebih seronok. Saya secara peribadi mempelajari bagaimana untuk keluar dari ‘comfort zone’ dan mendahului dalam memberikan hormat. Saya mempelajari untuk menghormati semua orang walaupun saya tidak mengenali mereka. Saya juga belajar bahawa saya boleh membantu orang lain walaupun saya hanya seorang pelajar sahaja. Saya juga sedar bahawa hidup bukan sahaja belajar dan bekerjaya tetapi hidup ini adalah kasih yang tidak pernah putus. Tanpa kasih semuanya tidak bermakna.   


Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,
Fermilah Eviannie Aldrin,
Biro Protokol.




No comments:

Post a Comment