Friday 29 May 2015

Refleksi Siti Zaidah Binti Ahmad

SEBELUM

Jalinan Masyarakat adalah satu subjek universiti yang mewajibkan setiap pelajar Universiti Malaya berinteraksi dengan masyarakat dalam usaha menjalinkan ukhwah sesama insan. Saya dan rakan-rakan yang sama major iaitu kimia seramai sepuluh orang dijadikan satu kumpulan untuk melakukan tugasan ini. Pada mulanya ia agak berat kepada kami kerana perlu mencari jalan untuk meneruskan tugas tetapi atas buah fikiran seramai 10 orang ahli, kami berjaya menyenaraikan beberapa rumah anak yatim dan NGO yang kami rasa perlu diberi perhatian. Akhirnya kami mula memilih satu daripada dua pilihan tersebut. Sebelum memilih Generasi Gemilang sebagai tempat untuk kami menaburkan bakti, kami juga keliru dengan rumah Al-Khausar yang juga memerlukan khidmat kami tetapi atas perancangan waktu yang sesuai Generasi Gemilang pilihan kami. Benar kata pujangga tak kenal maka tak cinta. Saya akui ia satu program yang menarik, sebelum kami memulakan tugas sebagai sukarelawan di Generasi Gemilang,kami diberikan serba sedikit pendedahan tentang KidzLIFE. Ia sangat menarik dan harap ia terus menjadi kenangan utuh dalam minda kami.


SEMASA

Lumrah setiap insan bila menghadapi cabaran, tetapi cabaran itu dijadikan iktibar seterusnya menjadi titk tolak kejayaan masa hadapan kan.itu yang saya dapat dari program ini. Ternyata bukan mudah untuk seorang ibu atau bapa membesarkan anak-anak mereka, ia memerlukan kasih sayang, perhatian dan didikan yang cukup untuk membentuk anak-anak tersebut menjadi insan berguna suatu hari nanti. Saya melihat kanak-kanak tersebut seolah-olah mencerminkan diri sendiri ketika masih di usia mereka,terfikir bagaimana ibu dan ayah sabar melayan kerenah kami yang tidak mengerti baik dan buruk dalam hidup.Begitu juga dengan mereka,hanya tahu bermain dan ketawa. Setiap kali pergi ke KidzLIFE,sabar itu amat perlu untuk melayan dan mendidik mereka supaya dapat memberi contoh dan teladan yang baik kepada mereka. Semoga kanak-kanak tersebut terus diberikan peluang yang cerah agar dapat membesar menjadi bintang kepada ibu dan ayah mereka.


SELEPAS

Akhirnya kami berjaya menghabiskan tugasan dengan jaya sekali gus melakukan tranformasi pada diri kami.Kalau dulu saya hanya mendengar cerita penderitaan mereka tetapi kini saya menyelami sendiri perasaan dan hidup mereka.Banyak yang mengubah hidup saya yang sebelum ini menganggap masyarakat di kota besar ini akan hidup dengan senang tetapi tidak mudah untuk mereka kerana terpaksa menanggung penderitaan hidup dalam kelompok dan persekitaran yang tidak selesa tetapi bagi mereka ia satu syurga dunia yang boleh membahagiakan hidup mereka hari-hari.Apa yang saya dapat daripada golongan kanak-kanak tersebut amat bermakna buat saya kerana setiap kali saya di timpa musibah,saya terlalu emosi sehingga tidak menyedari bahawa ada lagi orang yang tidak bernasib baik dan masih boleh teruskan hidup dengan sempurna.Kanak-kanak itu telah berjaya membawa saya kembali ke zaman lampau dan membuat saya terfikir beginikah cara ibu dan ayah membesarkan diri saya dengan sabar dan memberi didikan yang cukup agar menjadi insan berguna kelak.Kalau dulu apabila di soal siapakah saya?saya mungkin terpinga-pinga untuk menjawab tetapi kini saya menemui diri saya yang sebenar.Akhir kata,terima kasih Generasi Gemilang kerana bukan sahaja membantu kami dari segi tugasan malah membantu mencari identiti diri kami yang sebenar.



Sekian, terima kasih.


Disediakan Oleh,
Siti Zaidah Binti Ahmad,
Biro Logistik.








No comments:

Post a Comment