Tuesday 26 May 2015

24 Mei 2015 - Hari Terakhir Di Taman Prima Selayang

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dinyatakan tajuk di atas, pada tarikh tersebut merupakan hari terakhir program KidzLIFE kami bersama pihak Generasi Gemilang di Taman Prima Selayang, Pada hari tersebut juga merupakan hari terakhir kami dalam melaksanakan kajian lapangan kami untuk kursus universiti jalinan masyarakat. Seperti minggu-minggu yang lepas, kami telah menyewa dua buah kereta sewa untuk ke destinasi disebabkan tempat tersebut agak jauh dari Universiti Malaya. Pada jam 1.30 petang kami berkumpul dan bertolak pada jam 1.45 petang dengan menaiki sebuah kereta Myvi dan sebuah Viva. Kami bergerak bersama-sama dengan abang Chin Hoe terlebih dahulu kerana sesi "briefing" pada kali ini diadakan di pejabat Generasi Gemilang sebelum ke destinasi. Setelah selesai sesi "briefing" mengenai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut, kami semua bertolak pada jam 2.30 petang dan sampai kira-kira pada jam 3.00 petang. Ketika sampai ke Taman Prima Selayang, sudah terlihat kanak-kanak yang menunggu di dewan. Kami segera menyiapkan tempat dan peralatan dan sesi pendaftaran kanak-kanak dijalankan. Program bermula pada jam 3.45 petang. Berbagai-bagai aktiviti yang menarik turut dilaksanakan. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah permainan bola ping pong. Bukan sahaja kanak-kanak yang bermain, para sukarelawan juga turut bermain bersama-sama dengan mereka. Kemudian, sesi menyanyi dan menari juga diadakan. Semua kanak-kanak kelihatan sungguh gembira sekali dengan aktiviti menyanyi dan menari ini. Akhir sekali, sesi pembelajaran dijalankan oleh abang Chin Hoe dengan bertemakan "Kasut Kegembiraan". Slot lakonan serta tayangan video kartun Doraemon amat menarik perhatian semua kanak-kanak yang hadir. Program tamat pada jam 5.00 petang. Setelah siap mengemas kesemua barang, sesi refleksi dan cadangan mengakhiri program kami pada hari ini. Kami bertolak pulang ke destinasi masing-masing pada jam 5.30 petang dan sampai ke kolej masing-masing pada jam 7.00 petang.



Sesi lesson bersama abang Chin Hoe bertajuk "Kasut Kegembiraan" .

Tayangan video kartun Doraemon.


Sesi bergambar kami yang terakhir bersama dengan sukarelawan UM yang lain.



Sesi bergambar bersama ahli kumpulan kami dengan pihak GG.





Sekian, terima kasih.


Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.

No comments:

Post a Comment