Monday 25 May 2015

23 Mei 2015 - Hari Terakhir Di PPR Sri Pantai

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang dinyatakan di atas, pada tarikh ini adalah hari terakhir kami terlibat dalam program KidzLIFE bersama dengan Generasi Gemilang di PPR Sri Pantai. Kami semua berkumpul kira-kira pada jam 8.15 pagi dan dua buah teksi bergerak dari Kolej 12 manakala sebuah teksi bertolak dari Kolej 4. Kami sampai pada jam 8.30 pagi. Setelah sampai, persiapan tempat dilaksanakan bersama-sama dengan sukarelawan yang lain yang turut merupakan hari terakhir mereka. Persiapan tempat siap agak awal serta sesi "briefing" oleh abang Chin Hoe mengenai aktiviti yang akan diadakan pada hari itu.  Program bermula pada jam 10.00 pagi tetapi pada kali ini jumlah kanak-kanak yang hadir agak berkurangan. Program tetap diteruskan seperti yang dirancang. Tema pada hari itu adalah "Tali pinggang kebenaran". Antara program yang dijalankan adalah permainan iaitu rebut jelly serta lari dengan tali diikat dipinggang. Kemudian, sesi pengajaran oleh abang Chin Hoe yang bertajuk "Tali pinggang kebenaran". Sebagai tarikan kanak-kanak, video kartun Malaysia yang terkenal iaitu Upin dan Ipin ditayangkan. Pelbagai pengajaran dapat diperolehi oleh kanak-kanak sepanjang program dijalankan. Akhir sekali, sesi penutup dan refleksi bersama-sama dengan para sukarelawan serta turut dihadiri oleh penasihat kami iaitu Encik Norjoharuddeen.. Program berakhir lebih kurang pada jam 12.00 petang dan kamu semua setelah siap mengemas semua peralatan turut pulang ke kolej masing-masing dan kami sampai kira-kira pada jam 1.00 petang.


Persiapan PA sistem.
Persiapan backdrop.
Persiapan tempat.



Sukarelawan turut bermain dalam permainan.



Sesi lesson bersama abang Chin Hoe yang bertajuk "Tali pinggang kebenaran" .
Tayangan video.
Sesi bergambar terakhir kami di PPR Sri Pantai.




Sekian, terima kasih.


Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.

No comments:

Post a Comment