Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Jumaat lepas iaitu 03 April 2015 jam 3 petang bertempat di Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains, Universiti Malaya telah diadakan pembentangan proposal bagi setiap kumpulan bagi kursus ini. Bagi kumpulan kami telah membentangkan proposal mengenai satu badan iaitu Generasi Gemilang. Sesi pembentangan berjalan dengan lancar serta kumpulan kami telah dapat memuaskan hati penasihat kami yang dihadiri oleh Kalai, Fermilah, Shida dan Ainna. Penasihat kami menyarankan kami untuk memilih dan meneruskan projek ini bersama dengan Generasi Gemilang kerana matlamat bagi kursus jalinan masyarakat ini yang sebenarnya adalah untuk bekerjasama dengan badan NGO sepertimana Generasi Gemilang yang mempunyai aspek-aspek ini. Sesi pembentangan berakhir sekitar jam 5 petang.
Sekian, terima kasih.
Dilaporkan oleh ,
Aini.
Biro Publisiti.

No comments:
Post a Comment