Saturday, 4 April 2015

Mesyuarat kali kedua

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Mesyuarat kali kedua ini diadakan pada minggu ketiga kuliah iaitu pada hari jumaat, 13 Mac 2015 bermula pada pukul 3 petang bertempat di Dewan Kuliah 4, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Pada mesyuarat kali ini adalah sesi pembentangan idea untuk projek jalinan masyarakat bagi setiap kumpulan. Wakil untuk kumpulan kami iaitu Kalai, Farahin, Ainna dan Aini telah membentangkan tiga idea iaitu projek di rumah anak yatim, di kampung serta akhir sekali di kampung orang asli. Perbincangan bagi pemilihan projek masih lagi diteruskan. Mesyuarat berakhir pada jam 5 petang.





Sekian, terima kasih.

Dilaporkan Oleh,
Aini.
Biro Publisiti.

No comments:

Post a Comment